JellyPages.com

Thursday 6 December 2012

MANA YANG PATUT DIMALUKAN??

◆ Malu kerana berbaju kurung, bertudung & berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian skirt pendek, dress seksi & tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

> MALU itu perlu, tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA.
Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberian-Nya.
Jadilah kita hamba-Nya yang tahu BERSYUKUR...

Thursday 15 March 2012

BERHIJRAHLAH !



Buat bakal bidadari Syurga... InsyaAllah...♥

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Surah Al-Ahzab : Ayat 59)