JellyPages.com

Saturday, 28 December 2013

La Tahzan

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot .. ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "



Monday, 7 October 2013

MUJAHADAH


Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak nafsu . Apabila  nafsu dapat dikalahkan , seseorang itu akan mengutamakan perkara yang disukai dan dicintai Allah , juga akan mengetepikan kehendak sendiri . Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada balasan akhirat serta hari pembalasan . Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya tahap ke tahap yang lebih mulia . Secara dasarnya , nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu Amarah . Hati yang dikuasai oleh nafsu amarah akan dipenuhi dengan syahwat , suka dipuji , takutkan kematian dan mudah putus asa . Apabila hati digilap dengan mujahadah , ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu nafsu Lawwamah . Ia akan menyebabkan seseorang itu terumbang - ambing antara kebaikan dan kekejian . Apabila nafsu terus digilap dan digilap , ia meningkat kepada nafsu Muthmainnah iaitu hati yang damai . Diri yang punya nafsu muthmainnah yakin dengan janji - janji Allah . Mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan daripada orang yang tidak sukakannya di dunia kerana bimbang kehilangan kesenangan dan dibenci Allah di Akhirat kelak . Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang tidak dapat dibeli oleh dunia walau sepahit manapun ujian ke atasnya .
 Persoalannya , adakah kita termasuk dalam golongan yang bermujahadah ?


                                    TEPUK DADA , TANYA IMAN 


                  " Mujahadah itu Pahit Kerana Syurga Itu Manis "


#COPYPASTE :)

                                    

" Manusia Akan Mati Tetapi Tulisan Tidak Akan Mati . Jadi , Tulislah Sesuatu Yang Akan Menggembirakan Kamu Di Akhirat Nanti "
( Habib Umar Al - Hafiz )


COPYRIGHT : AL-HIDAYAH 2012/2013


Tuesday, 1 October 2013

QALBI





Allah cipta hati kamu yang cantik suci untuk kamu kenal dan cari siapa Pencipta Hati . Tapi , hati yang cntik tu kamu berikn pada insan yang belum halal , dirabakkan hati tu , dan bila hati tu HANCUR BERKECAI ! masa tu barulah kamu tercari - cari Pencipta Hati . Hati yg Dia cipta , diberikan dalam keadaan yg CANTIK , kamu beri kepadaNYa semula dalam keadaan hancur berkecai . NAMUN , PenyayangNya Allah , Dia masih menerima Taubatmu dan mencantumkan semula hati yang berkecai itu...

~ Self Reminder ~




Thursday, 26 September 2013

Ukhuwah


Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan .. Kita terlalu berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

Eh ? Tak rasa sayangkah persahabatan yang dibina sebelum ni sangat-sangat erat , lepastu hancur saja ? Wahai kawanku dunia akhirat , aku cuba untuk memaafkan kesilapanmu , kekhilafanmu . Sesungguhnya hatiku masih menyayangimu . Aku cuba mengikhlaskan diri menegurmu . Tau tak ? apabila kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, pastu kita "tak bertegur sapa" lebih 3 hari maka ianya jatuh hukum berdosa :'(

Kita sama-sama belajar agama , tau hukum agama kan ? Tapi , kenapa hang boleh terpikiaq nak buat macam tu kawan ? Allah ... 

Rasulullah saw bersabda Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Kawan ... maafkan kesalahan , kesilapan diriku sepanjang kita bersahabat andai ada kata-kata yang dituturku mengores hatimu ... i'm sorry .. KITA KAWAN KAN ? :) Tapi , disebabkan benda tu ukhuwah kita dah tak secantik dulu .. tiada gelak ketawa yang ada hanya kekok semata-mata . Benarlah orang kata , mencari sahabat sejati umpama mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca . Allah .. payah sungguh .. Masih kah ada orang macam tu ? Berapa ramai ? Mungkin satu dalam seribu :'(  Wallahua'lam .


 "Persahabatan itu umpama permata 
cantik dilihat 
bernilai harganya 
apabila ia jatuh lalu pecah 
ianya boleh dicantum semula 
tetapi hasilnya mungkin tak secantik dahulu"



      


Monday, 23 September 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN

“Takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan” .





"Mengharapkan yang bulat datang bergolek , yang pipih datang melayang" pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim . Peribahasa melayu ada mengatakan "Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya" , begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi tanpa adanya usaha dan pengorbanan .

Usaha dan amalan yang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Taubah : 105 yang bermaksud :
"Dan katakanlah wahai Muhammad , Hendaklah kamu semua berusaha ( beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan"

Dalam menentukan usaha yang dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , kita boleh gunakan konsep DUIT . (hehe) konsep ni jelas terpampang dalam bilik study kat hostel dulu , dan sampai sekarang aku ingat :)  

Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakal

Dan ingatlah ! Kejayaan kita hari ini , bukan hanya kerana usaha dan kepandaian kita . Tapi , mungkin doa ibu-bapa yang tidak pernah putus mengadu pada Rabb-Nya ..






#Sincerely , ME  

Thursday, 12 September 2013

Sahabat "One In A Million"


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya Jangan pernah pandang kesalahan yang pernah dia lakukan, namun pandanglah semua kebaikan yang pernah dia lakukan. 








SAHABATKU ,

SEPI bukan bererti HILANG ,
DIAM bukan bererti LUPA ,
JAUH bukan bererti PUTUS ..
kerana ada 1 ikatan yang tak mungkin putus iaitu " PERSAHABATAN "