JellyPages.com

Thursday 26 September 2013

Ukhuwah


Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan .. Kita terlalu berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

Eh ? Tak rasa sayangkah persahabatan yang dibina sebelum ni sangat-sangat erat , lepastu hancur saja ? Wahai kawanku dunia akhirat , aku cuba untuk memaafkan kesilapanmu , kekhilafanmu . Sesungguhnya hatiku masih menyayangimu . Aku cuba mengikhlaskan diri menegurmu . Tau tak ? apabila kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, pastu kita "tak bertegur sapa" lebih 3 hari maka ianya jatuh hukum berdosa :'(

Kita sama-sama belajar agama , tau hukum agama kan ? Tapi , kenapa hang boleh terpikiaq nak buat macam tu kawan ? Allah ... 

Rasulullah saw bersabda Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Kawan ... maafkan kesalahan , kesilapan diriku sepanjang kita bersahabat andai ada kata-kata yang dituturku mengores hatimu ... i'm sorry .. KITA KAWAN KAN ? :) Tapi , disebabkan benda tu ukhuwah kita dah tak secantik dulu .. tiada gelak ketawa yang ada hanya kekok semata-mata . Benarlah orang kata , mencari sahabat sejati umpama mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca . Allah .. payah sungguh .. Masih kah ada orang macam tu ? Berapa ramai ? Mungkin satu dalam seribu :'(  Wallahua'lam .


 "Persahabatan itu umpama permata 
cantik dilihat 
bernilai harganya 
apabila ia jatuh lalu pecah 
ianya boleh dicantum semula 
tetapi hasilnya mungkin tak secantik dahulu"



      


Monday 23 September 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN

“Takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan” .





"Mengharapkan yang bulat datang bergolek , yang pipih datang melayang" pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim . Peribahasa melayu ada mengatakan "Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya" , begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi tanpa adanya usaha dan pengorbanan .

Usaha dan amalan yang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Taubah : 105 yang bermaksud :
"Dan katakanlah wahai Muhammad , Hendaklah kamu semua berusaha ( beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan"

Dalam menentukan usaha yang dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , kita boleh gunakan konsep DUIT . (hehe) konsep ni jelas terpampang dalam bilik study kat hostel dulu , dan sampai sekarang aku ingat :)  

Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakal

Dan ingatlah ! Kejayaan kita hari ini , bukan hanya kerana usaha dan kepandaian kita . Tapi , mungkin doa ibu-bapa yang tidak pernah putus mengadu pada Rabb-Nya ..






#Sincerely , ME  

Thursday 12 September 2013

Sahabat "One In A Million"


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya Jangan pernah pandang kesalahan yang pernah dia lakukan, namun pandanglah semua kebaikan yang pernah dia lakukan. 








SAHABATKU ,

SEPI bukan bererti HILANG ,
DIAM bukan bererti LUPA ,
JAUH bukan bererti PUTUS ..
kerana ada 1 ikatan yang tak mungkin putus iaitu " PERSAHABATAN "