JellyPages.com

Monday 23 September 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN

“Takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan” .





"Mengharapkan yang bulat datang bergolek , yang pipih datang melayang" pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim . Peribahasa melayu ada mengatakan "Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya" , begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi tanpa adanya usaha dan pengorbanan .

Usaha dan amalan yang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Taubah : 105 yang bermaksud :
"Dan katakanlah wahai Muhammad , Hendaklah kamu semua berusaha ( beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan"

Dalam menentukan usaha yang dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , kita boleh gunakan konsep DUIT . (hehe) konsep ni jelas terpampang dalam bilik study kat hostel dulu , dan sampai sekarang aku ingat :)  

Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakal

Dan ingatlah ! Kejayaan kita hari ini , bukan hanya kerana usaha dan kepandaian kita . Tapi , mungkin doa ibu-bapa yang tidak pernah putus mengadu pada Rabb-Nya ..






#Sincerely , ME  

1 comment: